Monday, October 17, 2016

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BULAN NOVERMBER BY KINAH

Klik banner untuk join segmen :)


Syarat segmen ni :

Wajib tampal banner yang tak seberapa ni dan jangan lupa backlink ke blog ni. [DONE]
Follow blog kinah dan jika baik hati derma sikit di tabung kinah di SINI [DONE]
Tinggalkan url di petak komen di bawah. [DONE]

Kinah mencari 10 blog untuk di masukkan dalam bloglist. Segmen ini berlangsung dari 17 Oktober hingga 30 Oktober ni.

SELAMAT BERSEGMEN

Sunday, October 16, 2016

Bekam Muka di Khayla

Dalam banyak-banyak hari, hari Ahad lah paling clueless nak buat apa. Duduk dekat Subang ni lagi clueless teruk nak pergi mana. Since dah pergi DIY beli barang itu ini, singgah kejap dekat spa Khayla.

Actually saja je nak tahu berapa rate harga dia untuk bekam. Tak pernah try pun berbekam ni tapi saja nak tahu kot kot okay. Boleh la buat selalu.

Bila dah tanya itu ini, terus rasa nak buat tapi bahagian muka je lah sebab muka paling teruk sekali sekarang ni. Berjerawat teruk sangat.

Harga untuk bekam macam biasa ikut cup

1 cup muka = RM3
1 cup badan = RM5

Disebabkan muka teruk, dia advice buat 4 cup. Masa tu kemain angguk sebab excited nak buat. Tiba-tiba dia kata bekam ni ada dua. Satu bekam darah, satu lagi bekam angin. Beza dia, bekam darah effect dia cepat tapi pakai jarum. Ooooookayyyyyy i takut jarum.

'Eh tak sakit pun. Dia macam kena gigit dengan semut je'

Penipuan paling besar kena hadap dari kecik sampai sekarang. At the end of the day I'm the one yang menangis lepas kena cucuk dengan jarum T.T

Tapi ambik jugak yang bekam darah sebab nak cepat nampak kesan. Lantaklah sakit ke tak.


Bilik facial dia best sebab sejuk je lepastu wangi kemain sebab guna lilin aromateraphy. Spa Khayla ni pasang CD bacaan Al-Quran so rasa relaks je lah. Kena cucuk dengan jarum pun steady je padahal nak menitik dah airmata.


Sebelum bekam, dia bersihkan muka dengan baby wipes untuk hilangkan segala minyak or kotoran dekat muka. Wangiiiiii. Lepastu dia letak aloevera cream. Sejuk je dekat muka. Then baru dia bekam. Ingatkan bekam ni tak rasa apa, rupanya sakit dia ya tuhannnnn. 

Lepas dia bukak bekam tu, dia cucuk dengan jarum. Masa ni sejuk dah kaki. Nak menangis rasa nak2 pulak kena tang pipi & dagu. Lepastu dia bekam balik. I swear it hurts so much tapi tak la sampai nak menangis. 

'Benda ni kena relax je, kalau tak nanti dia lagi rasa sakit'

So I did. Kalau tak relaks entah macam mana la rasa sakit dia. Meraung terus taknak buat dah rasanya. Nak tidur pun tak mampu sebab sakit sangat. :(

Masa dia bukak tu lega kemain tapi rupanya dia nak buang darah dalam tu je lepastu dia cucuk lagi & bekam lagi. Aaaaaaa sakitttt! Tahan lagi untuk entah berapa minit. Menghitung masa dia datang je nak bukak bekam tu. Kemain sakit dia. Bila dah bukak tu rasa lega teruk. Dia kata, dekat dahi paling teruk sebab selalu sakit kepala. 

And bcs of that, dekat dahi ada benjol sikit lepastu lebam. Lepas dah bukak tu dia lap semua then letak iodin dekat luka. Pedih la jugak tapi tak la sakit macam kena bekam tu. 

Masa sebelum masuk, akak tu ada tanya 

'Takpe ke ni nak buat bekam harini? Nanti tinggal kesan, malu puak esok nak pergi kerja.'

'Eh takpe, bukannya nak pergi dating pun.'

Dah habis bekam, tengok muka sendiri & I regret it. T.T


Kalau 4 bekas tu nampak kesan takpe jugak bcs at least people know I do bekam. Tapi kalau satu macamni cantik kemain dekat tengah tu hmmm, I look like I have the third eye. T.T

Siapa yang berdekatan dengan Space U8, boleh la singgah dekat spa Khayla ni sebab sekarang tengah ada Grand Opening promotion. Yang student boleh guna student price, yang dah kerja dapat 5% discount campur 20% discount sebab jadi customer. Pastu banyak la choice untuk facial treatment. Anti-aging, wrinkle-free, resdung, acne, pores and scars. 



Service dia pun okay cumanya kena contact dulu sebelum datang & buat appointment sebab beautician dia ada sorang je buat masa ni plus customer dah makin bertambah. Takut kalau walk-in kena tunggu lama. Tadi pun nasib je dia mampu handle dua orang. Fuhhhh

Anyway, lepasni confirm datang lagi sebab nak buat bekam dekat badan pulak! 

Tuesday, October 11, 2016

Giveaway by Rafyydah



Syarat-syarat :
  1. Mestilah blogger Malaysia.
  2. Umur berapa pun boleh join.
  3. Wajib ada blog.
  4. Giveaway ini secara automatik akan dibatalkan sekiranya peserta kurang daripada 30 orang.
  5. GA ini akan bermula pd 04/10/2016 sehingga 24/10/2016.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25/10/2016.
  7. Hadiah yg bakal dimenangi pemenang is, topup/reload RM50.
HANYA ADA SEORANG PEMENANG SAHAJA

Apa yg korang perlu buat?
  1. Follow blog rafyydah ni. Mesti follow. [DONE]
  2. Follow rafyydah di : instagram @rafyydah [DONE]
  3. Buat entry bertajuk "Giveaway by Rafyydah" [DONE]
  4. Tag 3 org rakan blogger anda ( pastikan rakan2 anda tu tau ya) [DONE]
  • Kak Hani Fadhlina
  • Kak Long
  • Siqah
  1. Letak Banner comel di atas tu kat entry korang (jangan lupa link kan ke blog ni!!!) [DONE]
  2. Publish kan entry korang & jangan lupa tinggalkan link entry korang di ruangan komen entri original [DONE]

Grammar Pedantry Syndrome

Angkat tangan kalau tak tahu apa benda ni.


Grammar Pedantry Syndrome ni penyakit bilamana dia nampak kesalahan grammar je dia akan menggelejat nak betulkan. Selagi tak betulkan, selagi tu la dia gigih. Selagi tak puas hati, selagi tu la dia akan buat sampai dapat. Tengah menyembang dengan dia, kalau kau salah frasa ayat ataupun subjek predikat bla bla bla, dia akan betulkan sampai kau mampu cakap sama macam dia. 

Kalau dekat Malaysia ni, kita label deme ni sebagai Grammar Police Syndrome. ;)

Kita rasa benda ni annoying teruk tapi sebenarnya kita tengah menyembang dengan orang yang sakit mental. No, don't laugh just yet.


Turns out, Grammar Pedantry Syndrome ni sebenarnya salah satu jenis OCD jugak. Obsessive Compulsive Disorder. Bersempena dengan World Mental Illness Day ni, I present to you the latest mental illness that have been found by our doctors. Nampak macam biasa tapi sebenarnya dah makin ramai yang ada penyakit ni. 

Walaupun satu keturunan dengan OCD, belum ada lagi pesakit yang capai tahap teruk sama level dengan OCD yang limitkan diri dia sampai taknak keluar rumah atau bergaul dengan orang. So far, paling teruk pun dia cuma restless je and gigih berusaha untuk betulkan. 

Penyakit ni bagus actually sebab dia ajar orang untuk biasakan benda yang betul tapi yang annoyingnya bila dia gigih jugak nak betulkan padahal kita tersasul sikit je pun. Nak2 pulak kalau jenis yang easily annoyed. Boleh bawak gaduh benda ni T.T

Lepasni kalau jumpa orang macamni, kena banyakkan bersabar sebab tengah menyembang dengan orang yang sakit. :)