Saturday, February 4, 2012

Perjalanan Menghabiskan Baucer RM 200!



Assalamualaikum and happy Saturday guys! ^^

Cuti CNY haritu aku dah balik rumah seminggu.. orang lain cuti 4 hari, aku seminggu. So, this time aku tak balik.. malas.

Semalam hari menghabiskan baucer buku RM 200. At first, ingat nak habiskan dekat Karnival Buku di PWTC tapi haihhh sedih sangat aihh tengok buku kat sana.. Orang kata, elok toksah pi pun takpa. Pastu, tak semua booth boleh pakai baucer.. so sad! sebab novel english yang aku nak tu kena bayar cash. :(

Lepas lepak sebentar dengan Aten, classmate masa dekat BTS dulu, me and mak jemah heading to MPH, Mid V! mak jemah teringin sangat nak beli komik and me, of course la english novels!



Sampai kat Mid V, kitorang melantak dulu sebab perut dah lapar sangat. Kuliah awal pagi tu, pukul 7.30.. jelas terpampang muka baru bangun tido.. lect pon sama. hua3

Lepas makan, lepak kat MPH cari buku.. berdarah jugak la otak nak pilih yang mana. Berapa kali round satu MPH semata-mata nak cukupkan 200 ringgit.. Dah penuh bakul pun tak cukup lagi.. Bila dah cukup, bayar kat kaunter dapat lagi baucer RM 10 free..  -.-'

Nak habiskan 200 pun aku rasa senak.. ni tambah pulak 10.. ingatkan nak beli pen untuk final exam tapi baucer tu khas untuk buku sahaja. damn! baru ku tahu rasanya ada banyak duit. Boleh jadi gila sebab tak tahu nak beli apa. 

Sudahnya, baucer tu dihibahkan kepada mak jemah sebab 4 jam dalam MPH buat kitorang lembik. Kaki dah tak mampu nak berdiri..

Lepas maghrib, kitorang lepak di Sweet Chat Cafe pekena cendol durian dengan BBQ chick and cheese bread.. Tujuan asal lepak situ nak rest kat kerusi kelabu yang gedabak tu je.. 


Berbaloi 17 ringgit habis sebab dua benda ni.. tersangatlah sedap! sebelum tido pun teringat kat cendol durian dia.. pergghhhh! mantap!

Ingatkan nak jadi membership cafe ni tapi kena cukupkan 25 ringgit, so next time je la.. nak try makan laksa kari dia dengan manggo pe ntah.. kalau boleh semua pun nak try tapi duit membataskan segalanya.. hua3

Sampai di KUIS dah pukul 10 lebih. Itu pun sebab terpaksa skip satu train sebab ramai sangat orang and terpaksa tunggu prebet.. Nasib ada budak kuis yang baik hati tolong hantarkan. Thanks girls! ^^

Lepas mandi, on9 kejap then tido! 

Pagi ni baru bangun kemas bilik and guess what, dalam bilik saya dah ada mini library! weee~~~ :D 



tapi bila aku nak sentuh buku-buku ni pun aku tak tahu.. -.-'

8 dino comel:

Fatin Farhana Binti Ramli said...

baucer tak boleh beli pen ?? rase rasenye boleh kot beli .. kat sini boleh je ..

PinQib said...

hoho.. ipg x dapat baucar tu.. sobs.. tp tengah diet3 ni.. roti tu pon nmpk sedapp..

Aisumi Chan Kawa'i said...

kompius dgn baucer tu.. boleh apa sbenarnye.. ada yg ckp novel xboleh.. kite smpai hari ni xguna pun lagi.. tadi g MPH xbeli pape pun.. xsure buku apa yg boleh dibeli n buku apa yg nk beli.. haihhh..

Farhana Jafri said...

fatin : baucer yang MPH bagi tu, bukan baucer kerajaan yg 200 tu :)

pinqib : hahaha SEDAP sangat! seriously.. nasib je dh kenyang sgt.. klau tak, mmng order lg sepinggan.. muahahaha

ACK : kalau prgi MPH, Popular or any other bookstore sume bnde boleh beli guna baucar.. :)

Hans said...

den tak sempat ambil baucer tu
rugi RM200
haihhhh


P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

mykhalis said...

adik Khalis beli payung ngan headphone..huuu

dRag0nfLy said...

jangan salah guna baucer tu yee.. huhuhuh

hafizudin said...

Peh.
ini kalau orang preknen baca ni.
mula baca sebelum peknen.
anak dah masuk tadika.

baru abes baca semua.