Saturday, October 18, 2014

10 Days Challenge - Day 10 : 10 Secrets

Yeayyyy! Last day for the challenge! Lepas dah siapkan assignments terus bukak blog ni. So, here we go for the 10 secrets about me.

1) Big fan of Hannah Montana. Tapi was la. Dulu masa tengah fanatik dengan HM, barang semua nak ada gambar HM. Kalau takde, beli sticker HM pastu lekat. Laptop la jadi mangsa penuh dengan muka HM. Wallpaper tak payah cakap la, for sure muka HM. Movie dia berapa banyak kali ulang sampai dah hafal dah. Nama pun dah jadi Hanna sebab Farhana kannn.


2) Sensitif. Orang kata hati tisu. Nampak je tough tapi sebenarnya lembik jugak. Mana boleh tengok orang sedih, mana boleh tengok orang menangis. Tengok drama orang lain tak menangis, kita dah meramu ayaq mata dah mintak tisu. Sebab tu la gamaknya tak layak jadi doctor atau nurse.



3) Sensitive skin. Apart from feelings, skin pun sensitif jugak. Kalau pakai sabun murah, memang laju je la kulit menggelupas, pijar, merah, menggelembung, ruam. Bukan sengaja pun nak pakai barang mahal tapi siapa tahan kan kalau kulit jadi macamni. :(

4) Learning Urdu. Yang ini dari kecil lagi belajar sebab dulu konon-kononnya nak jadi heroin Bollywood. Tak pun nak jadi playback singer. Konon je la. Tu yang gigih belajar. Tapi sampai sekarang tak pandai lagi beza thi or tha. Lagipun Urdu ni hard language memang lambat sikit la nak catch up.

5) Korek hidung dengan putik kapas. Yang ini baru je buat perangai macamni. Entah bila jadi geli nak korek hidung dengan tangan. Most of the time, kalau nak keluarkan tahi hidung dengan hembus je lepas mandi. Kalau rasa tak selesa, baru guna putik kapas clearkan kat dalam lubang hidung tu. 



6) Masalah kaki. Masa kecil dulu pernah accident sampai patah kaki. Beria nak lumba dengan pakcik naik motor. Entah mende-mende kan? Sudahnya sampai sekarang tanggung perit. Kalau terlampau banyak gunakan kaki macam lumba lari ataupun active sangat, esok lusa confirm demam sampai la kaki tu dah okay.

7) Demam. Bila dah demam ni, pelik sikit perangai. Dari kecik memang kalau demam suka suruh mak urutkan sampai tertidur. Kalau tak, menangis meraung semua. Memang mengada. Nasib la sekarang dah jarang demam. Dalam setahun, ada la sekali je demam. Tu pun sehari je. Kalau tak, confirm dah hire tukang urut. 

8) Cerewet. Yang ni dari kecik memang macamni. Every single thing memang teliti dulu. Kalau dulu kalau tak suka something memang cakap lepas je. Bila dah besar ni, dalam hati memang complaint berbakul tapi mulut tak cakap pun sebab kena jaga hati kan? Part tu berat sikit.

9) Bantal peluk. Dari kecik memang ada bantal peluk. Kalau tak, tidur mesti gelisah. Pusing kanan tak kena, pusing kiri tak kena. Bila bantal hilang sebab tidur buas sangat, confirm terjaga cari bantal. Ramai jugak yang bagi ayat 'Dah kahwin nanti entah cemana la nasib suami.'. Well, later kita figure that out k?



10) Over emphasized. Yang ini sebenarnya my biggest secret. Bila baju pakai matching warna rasa confident sangat. Baru rasa okay nak berdepan dengan orang tapi sebenarnya luar matching, kat dalam punkena matching. Kalau pakai baju pakai hijau, underwear pun kena hijau baru rasa energized and confident tahap petala. Well that's my habit, kalau ada habit yang sama macamni, kita geng!! ;D

 *credits for Mr.Google for all the pics above. :)

Tuesday, October 14, 2014

10 Days Challenge - Day 9 : 9 Loves

Assalamualaikum, it's been a while hai na? Challenge yang 10 hari pun dah jadi sebulan dah haaa. Ni la masalah kalau dah buka semester, confirm busy taik kucing. Lepasni kena belajar manage masa betul2. Kena buat to-do-list even for the small thing. Bila dah banyak kerja banyak sangat benda lupa nak buat. Anyway, let's continue our challenge yang dah berzaman lamanya kena tinggal. 9 cinta. Cinta cinta cinta.

1) Islam. Nampak macam poyo kan? Tapi start dari bulan Ramadhan haritu dah start fokus kepada cinta yang satu ni. Tak lah bagus mana tapi slow2 la improve. Takkan selamanya kita nak di takuk yang lama kan? Takkan selamanya kita di kaki bukit, mesti la kita nak mendaki ke puncak supaya kita dapat tengok pemandangan yang lagi cantik. Betul tak? :)


2) Family. Mana-mana jawapan pun mesti ada yang ni kan? kan? kan? Because it's a must! Susah senang kita dengan mereka ini la. Jatuh bangung kita mereka sentiasa di sisi walaupun ada bergaduh ada bertengkar ada bermasam muka tapi darah yang mengalir tetap sama. Insya-Allah kasih dan sayang sampai mati. 

3) Friends. Ini lagi satu permata yang takkan mungkin dapat dicari. Bukan satu tapi banyak! Pengganti family bila berjauhan. Susah senang sihat sakit memang mereka la yang sentiasa ada dengan kita kan? Selagi boleh, selagi mampu selagi tu la jaga baik2. 



4) Bollywood. Yang ini memang susah sangat nak ignore. Rasanya dari dalam perut lagi dah memang ada chemistry dengan nustan ni. Masa kecik dulu berangan la hai nak berhijrah ke India jadi pelakon tak pun playback singer tapi tu lah, physical tak la attractive mana. Mata sepet, hidung pun tak mancung. Suara pun tak lepas nak buat lenggok. So, duduk je la kat Malaysia diam-diam.


5) Social Networks. Gahhhhh! This thing since Internet wujud sampai la sekarang addicted. Idk la bila boleh stop bercinta dengan all my SN. Dah try tapi sehari dua je mampu bertahan but then mula la resah gelisah. Tak dapat kat lappy, di phone pun dah okay. Assalkan connect to the Internet. Drugs? Yeah this is my drugs. 

6) Fashion. Who doesn't?! Kan?! Nak pulak sekarang ni makin banyak fashion muslimah yang cantik2. Evrytime tengok confirm jatuh hati. Makin ramai pulak muslimah fashionista yang boleh jadi role model. From top to toe all is perfect! Siapa kata tak boleh tutup aurat tak boleh cecantik? Now everyone can cover your aurah and still be pretty and gorgeous kebaboom!


7) Flowers. Perempuan dengan bunga mana boleh berpisah. Semua jenis bunga suka sebab semuanya cantik! Even bunga rumput. Bunga rumput best sebab free je kalau nak ambik. Dari kecik lagi jatuh cinta dengan bunga. Kalau pergi Cameron atau tempat yang banyak bunga confirm beli pastu letak dalam pasu kat rumah. Dah kering, simpan dalam buku. But now dah jarang buat macamtu. Paling meghenyam kaki kalau jejak nursery sebab rasa nak beli semua jenis pokok bunga! 


8) Photography. Envy tangan manusia yang berseni dalam fotografi sebab click camera je confirm gambar cantik pastu pandai editing semua. I'm not that talented nak join golongan ni tapi jatuh cinta dengan hasil karya golongan ni. Dalam external banyak simpan gambar gambar yang dapat dari Tumblr sebab kat situ source gambar cantik2. Minat kumpul gambar ni dari lepas SPM. Bosan sangat duduk rumah sampai timbul minat ni then share this hobby with my younger sister. Dari dulu sampai sekarang suka simpan gambar. :)

9) Myself. The last one confirm la kena special. I love myself la of course sebab kalau kita tak sayangkan diri sendiri mana kita mampu nak sayangkan semua benda yang kat atas ni kan? It is important to love yourself first! Selalu la appreciate diri sendiri bila succeed buat something. Manjakan diri tapi jangan terlampau manja sampai lead kepada benda yang negatif. Diri kita sendiri tu amanah dari Allah is it? So curahkan la kasih sayang sebanyak mungkin tapi kahwin dengan diri sendiri is a big no. Blergggghhh. 


That's all for today. Tinggal satu je lagi challenge tapi entah bila mampu update. Insya-Allah cari masa. Yang mana invite ke blog tu maaf la tak mampu tunaikan lagi buat masa ni tapi jangan risau, ada masa confirm join segala contest yang korang buat okay? Till then, take care you guys. :)


Friday, September 19, 2014

10 Days Challenge - Day 8 : 8 Fears

Assalamualaikum and selamat malam semua. Sementara tunggu turn mandi, curi masa la kejap buat challenge  ni. Karang ada yang tak terbuat sebab lupa. Sementara ingat, sementara tak busy, kita buat ye dak?

Entry kali ni pasal 8 ketakutan. Hmmmm hmmm. Susah jugak sebenarya sebab tak banyak sangat pun takut tapi bila fikir balik, boleh jugak tu cecah 10 hahaha.

1) Takut kepada ular. Kalau tengok gambar ular pun dah meremang bulu roma. Dulu pun pernah ada kes dengan ular tedung. Sampai sekarang kalau ingat balik memang bersyukur sangat sebab cepat perasan kewujudan ular tedung tu. Kalau tak, dah arwah gamaknya. Sekarang ni kalau tengok ular dalam tv pun sejuk satu badan.

2) Takut dengan sungai. Pernah masa mandi sungai dengan family, lemas dengan adik. Nasib mak perasan, kalau tak dah arwah dah gamaknya. Sekarang ni mandi je kat sungai tapi mandi dekat tempat yang cetek je la. Agak nak sampai paras dada, memang tak pergi la. Seriau.

3) Takut nak tegur salah orang. Yang ni memang bermasalah sangat dari dulu. Walaupun mulut melaser je kadang tapi bila masuk bab nak tegur salah orang memang slow je mulut ni. Takut jugak kalau ada yang terasa. Bila dah terasa, tak memasal boleh bergaduh kan? Tapi kalau tak point out, sampai bila dia nak berubah kan? Memang dilema kadang tu tapi sekarang slow2 try ubah.

4) Takut dengan kegagalan. Ceh ayat skema sangat kan?! Tapi serius lah memang takut kalau gagal, jatuh, fail, salah dan seangkatan dengannya. Kalau boleh tak nak langsung ambil risiko gagal untuk sesuatu perkara. Sebab Ana ni cepat down. Bila dah rasa gagal, mula la rasa susah nak bangun balik.

5) Takut dengan orang ramai. Ni antara salah satu sebab kenapa jarang keluar rumah ataupun pergi tempat yang sesak. Kalau nak keluar pun, keluar mesti berteman. Bukan takut sangat tapi lebih kepada berhati-hati. Nak pulak sekarang ni banyak betul kes yang tak elok so tak nak la terkena. Bila keluar memang tak berenggang langsung dengan orang yang meneman tu.

6) Takut dengan badut. Yang ni memang takut dari kecik. Badut memang seram sangat tambah pulak kalau dia senyum sampai kepala senget tepi. Meremang! Lepas tengok video prank clown 3 bulan lepas lagi rasa seram dengan badut. Teringat lagi suara dia gelakkan orang. Sadis!

7) Takut nak percaya orang. Ada kawan kata Ana ni jenis takut nak percaya dengan orang. Kalau bagi kerja tu, kalau boleh nak pantau setiap masa takut orang yang diamanahkan tu tak buat kerja. Kadang tu takut tak mencapai tahap kesempurnaan yang Ana nak. Memang susah nak buang rasa takut ni.

8) Takut kena tinggal. Susah sangat rasa kalau kena suruh berdikari and jangan dependable sangat dengan orang. Kalau dulu memang semua benda nak kena ada kawan tapi sekarang prefer buat kerja sorang2 je daripada buat sorang2 je.

Okay guys, so far ini je bahan bacaan untuk korang malam ni. Till then, be well everyone. Good night.

Thursday, September 18, 2014

10 Days Challenge - Day 7 : 7 Most Wanted Wishlist

Makin dah nak habis challenge ni makin malas pulak nak buat. Hahaha. Bukan malas tapi busy sangat sampai tak sempat nak menaip. Entry harini pasal wishlist kan? Sembang pasal wishlist memang hari2 ada je yang baru tapi yang most wanted memang dari dulu kekal sama. Makin hari main bertambah kuat keinginan tu. Cehhh ayat!

1. Rumah cat putih.


Dari dulu berkenan sungguh dengan rumah macamni pastu laman penuh dengan bunga. Kalau boleh dekat tepi tu penuh dengan pasu bunga gantung pastu ada buaian yang jaring tu. Happynya lah kalau dapat.

2.  Jadi fashion designer.


Kalau masa sekolah menengah dulu selalu sangat sketch dress atau wedding dress tapi buku tu entah campak mana. Sekarang ni, apa yang dilukis tu banyak dah jadi trend sekarang. Nampak tak bakat tu? Nampak tak? 

3. Travel


Tak kisah la pergi mana tapi kalau bersepah bunga paling nak sekali la tapi rasanya tempat yang gedik sangat nak pergi, India dengan London. Memang meghenyam sangat dari dulu kalau dengar nama tempat ni. Tokyo pun nak jugak tapi masa musim bunga la. Boleh tengok sakura. 

4. Buka butik sendiri.


Kalau dah nak jadi fashion designer, kena la ada butik sendiri ye dak? Dekat butik tu nanti nak letak cafe so cik abang2 tak penat menunggu cik adik try baju. Lepastu nak letak section DIY jugak. Hantu DIY jugak ni sebenarnya. Tapi buat tak pernah jadi pun. Hahahaha

5. Publish novel


Sekarang ni tengah gigih siapkan satu. Tak gigih sangat la sebab komitmen banyak terarah ke hal study so jarang dapat peluang nak curahkan idea. Kadang tu ada masa free tapi tangan pergi bukak folder Games pulak bukannya Writing. Dah tu, bilanya nak siap? Idea tu sentiasa je ada tapi tu lah. Huhuhu

6.  Expert bab masak


Bab memasak memang tahap poor lagi. Jealous kadang tengok kawan pandai memasak. Kita dok tepi perati je tak pun tukang potong bahan. Tak pun tukang basuh pinggan. Masak kuantiti sikit pun kadang fail, ni pulak nak masak kuantiti banyak memang tak la. Sekarang ni kalau cuti sem memang belajar sikit2 dengan bonda.

7.  Get married


Yang ni memang dari kecik lagi nak tapi theme memang Bollywood la. Pelamin, wedding dress, lagu background semua dah plan dah tinggal nak cari calon dengan duit je lagi ni. Harap jumpa la dalam 2, 3 tahun ni. Aaminnnnn! ;)

Tu je la kot wishlist yang sama dari dulu sampai sekarang. Harap tercapai la. Aminn aminn aminnn. Till then, take care guys!